Monday, July 13, 2009

novel baru ( xde tajuk ag,,)

“Kamal... Kamal... Kamal...”

Teriak Pak Karim memanggil anak lelaki tunggalnya yang kelibatnya pun entah ke mana menghilang sejak pagi tadi. Hendak dirisaukan sudah besar panjang.

“Hmm...”

Mengeluh Pak Karim sendirian mengenangkan sikap Kamal yang jarang lekat di rumah. Hentaman ombak pada dinding laut seiring dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa bagaikan kandungan isi hati Pak Karim dek kerana nasibnya bergelar nelayan. Sepanjang masa ada saja deruan ombak yang seakan-akan tidak henti-henti menghempap dengupan jantungnya dan menghempap lagi. Mengenangkan rezekinya yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, Pak Karim semakin binggung dan kadang kala buntu dibuatnya.

Bagaimana pula nasib anaknya yang bakal mencecah usia 20 tahun. Masih terngiang-ngiang di telinga Pak Karim mengenangkan kata-kata Kamal yang bercita-cita untuk bergelar pendidik, teruja Pak Karim seketika.

“Alangkah bagusnya sekiranya aku mampu membiayai pembelajaran Kamal supaya dia dapat menjadi guru juga nanti. Terjamin masa depannya. Dapat juga aku tumpang senang dia nanti.”

Pak karim bercakap sendirian.

Pada masa yang sama, sedang asyik dibuai mimpi-mimpi siangnya di persisiran pantai. Seringkali Kamal memandang ke laut, Kamal sepi bersama duka mengenangkan nasibnya sebagai anak nelayan. Namun bagi Kamal, itulah tempat tumpah darahnya dan dia berbangga kerana memiliki seorang bapa yang tidak jemu-jemu berusaha menangkap ikan dan mencandat sotong saban hari untuk menyediakan kehidupan yang terbaik buatnya.

Kamal mengambil sesuatu di dalam beg galasnya. Lalu ditilik-tilik dengan penuh teliti sebelum mencampaknya ke dalam laut sehingga hilang dari pandangan matanya.

“Harap-harap botol azimat aku tu sampai kat Amerika”. Usik hatinya...

Kamal hanya memandang kosong ke tempat botol yang dilemparkannya tadi hilang sebelum melangkah pulang ke rumah

***

“… Anda boleh menyemak keputusan UPU Online bermula esok…”

Hati Kamal berdebar-debar apabila suara pembaca berita terngiang-ngiang di telinganya sejak semalam.
“ Dapat ke tak dapat ni…” keluh Kamal sendirian.

Semenjak keputusan STPM keluar pada bulan tiga yang lepas, sejak itulah dia berkira-kira institusi pendidikan tinggi yang mana satu akan menjadi tempat pengajiannya nanti.

“… Alah, tak payah nak dirisaukan, dengan keputusan cemerlang kau ni, berebut-rebut institusi pendidikan nakkan kau belajar kat tempat mereka…”.

Celoteh daripada kawan-kawannya itu mengurangkan sedikit beban yang ditanggungnya walaupun kadang-kadang dia merasa yakin akan dapat menyambung pengajiannya nanti.

“ Aku tahu semua tu, tapi kadang-kadang aku rasa gemuruh dan serba salah mengenangkan ayah aku tu… ”.

Kamal terdiam tapi hatinya resah.

“Allah Huakbar, Allah Huakbar…”

Kedengaran sayup-sayup suara azan dari masjid yang berada tidak jauh dari rumahnya memecah kesunyian awal pagi. Kamal berasa malas untuk bangkit. Bergerak pun susah. Tak pernah dia merasai perasaan seperti itu. Sesekali terdengar suara ibunya mengejutkan adik-adiknya menyuruh bangkit daripada tidur. Hari ini keputusan kemasukan ke universiti akan keluar. Selepas selesai menunaikan solat subuh Kamal terus menyambar surah yasin yang terletak di atas meja bulat usang itu.

“Bismilahirahmanirrahim… Yaaasin… wal qurannil hakim…”

Itulah kebiasaan waktu subuh Kamal sehinggalah terbit sinar mentari yang memancar terus ke dalam biliknya. Pada masa itu, dia tidak terfikir langsung tentang keputusan kemasukan ke universiti yang akan diumumkan pada pukul sepuluh pagi nanti. Kamal meletakkan semula surah yasin ke atas meja bulat usang yang bergoyang apabila lantai rumah dipijak. Badannya disandarkan ke katil. Menguap.

Cuti yang panjang selama lebih enam bulan itu hanya diisi dengan menolong ibu dan bapanya. Sesekali teringin juga untuk mengikut kawan-kawannya ke kota untuk mencari pengalaman bekerja dan semestinya wang yang dicari untuk menampung perbelanjaan ke universiti. Kerja-kerja kampung sudah sebati dengannya. Menolong ayahnya pergi menangkap ikan malah menjualnya sendiri kepada peraih.

Ding… ding… ding… bunyi jam yang agak kuat itu telah menyedarkan Kamal daripada tidurnya. Matanya dibuka seluas-luasnya. Badannya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Matanya tajam melihat syiling. Jam didingding telah menunjukkan pukul sepuluh setengah pagi.

“ Kamal, bangun nak!

Suara ibunya yang kuat itu telah menghentikan lamunannya. Kamal lantas bangun. Badannya yang masih lemah dipaksa untuk bergerak dan terus menuju ke bilik air.

“ Hari ni kan keputusan kemasukan ke universiti akan diumumkan… dah semak?
Dapat kat mana?

Pertanyaan ibunya itu menambahkan lagi debaran yang dari tadi asyik berdegup kencang. Kamal hanya terdiam. Sesekali meneguk air teh yang disediakan oleh ibunya sejak tadi.

“ Belum lagi, ”.

Sengaja tidak mahu memanjangkan perbualan.

“ Nanti Kamal pergi la mak,”.

Jawab Kamal lemah sambil memandang wajah ibunya yang membawa penuh erti. Kamal tahu ibunya banyak memberikan semangat untuknya sampailah dia berjaya dalam pelajaran.

Tut….tut… “Kamal, kau dah semak keputusan kemasukan ke universiti?”

Lantas ditanya sebaik jendela dibuka.

“Aku dah semak! Aku dapat kat Universiti Malaya, kau dapat kat mana?”

Pertanyaan bertalu-talu Ihsan itu membuatkan Kamal terasa seperti ingin meraikan kejayaan kawannya itu pada masa itu juga.

“Aku tak semak lagi, mungkin kejap lagi kot…”

Kamal rasa seolah-olah badannya terketar-ketar.

“Mereka semua ada kat Kafe Saujana ni, jom lah kita pergi sana…”.
“Ok,”

Jawapan ringkas daripada Kamal. Kamal lantas beredar meninggalkan sarapannya yang tidak disentuh dari tadi lagi.

“Mak, Kamal pergi dulu ya…”.

Sambil mencium tangan ibunya yang sudah tua dan kasar. Ibunya memerhatikannya dari balik jendela dengan penuh harapan.
“Kamu semua dah semak ke?”

Pertanyaan kosong daripada Kamal walaupun sudah mengetahuinya melalui Ihsan tadi.

“Kami semua dah!

Jawab kawan-kawannya yang sudah lama menunggu kehadiran Kamal disitu.

Kamal lantas duduk dikerusi. Menggerak-gerakkan tetikus. Menekan-nekan butang diskrin komputer. Satu persatu nombor kad pengenalannya dimasukkan. Tetikus sekali lagi digerakkan. Kali ini cursor yang ditujukan ke butang enter berhenti disitu. Agak lama. Kamal berdengus panjang. Dalam hatinya gundah gulana.

“Baiklah…

Dengan sekali klik sahaja satu tetingkap window yang baru terpapar. Kamal memerhatikan setiap patah perkataan yang terkandung di dalamnya. Tahniah anda diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk ijazah pertama dalam bidang Pendidikan Islam.

“Alhamdulillah…”

Kamal mengucapkan syukur kepada Allah.
Ucapan tahniah daripada kawan-kawannya bertalu-talu datang. Puas. Satu perasaan yang lama dipendamnya sejak dua bulan yang lalu. Semua rasa sangsi dan gundah yang selama ini menyelubunginya hilang serta merta. Kini Kamal bakal bergelar seorang mahasisiwa.

“UPSI… ermmmm… aku bakal jadi seorang pendidik kelak”.

Bisik Kamal sendirian tanpa mempedulikan riuh rendah rakan-rakannya yang meraikan kejayaan mereka diterima masuk ke universiti. Walaupun masing-masing akan ke haluan yang berlainan, namun perjuangan harus diteruskan. Kamal tersenyum puas. Senyum lebar yang baru terukir tadi tiba-tiba hilang. Kamal memandang kosong ke skrin Komputer didepannya yang baru sahaja tadi memaparkan keputusan ke universiti. Namun, paparan tersebut tidak lagi menarik perhatiannya.